Rabu, 26 September 2007


Sekadar Renungan..............

Suatu ketika Plato berbicara dengan gurunya. Plato bertanyakan makna cinta dan gurunya pun menjawab : "masuklah kedalam hutan, pilih dan ambillah satu batang ranting yang menurutmu paling baik, tetapi engkau haruslah berjalan ke depan dan jangan kembali ke belakang. Pada saat kau sudah memutuskan pilihanmu, keluarlah dari hutan dengan ranting tersebut."

Maka, masuklah Plato ke dalam hutan dan keluarlah Plato tanpa membawa sebatang ranting pun. Gurunya bertanya, maka jawab Plato : "Saya sebenarnya sudah menemukan ranting yang bagus, tetapi saya berfikir barangkali di depan saya ada ranting yang lebih baik. tetapi setelah berjalan ke depan, ternyata ranting yang telah saya tinggalkan tadilah yg terbaik. Maka saya keluar hutan tanpa membawa apa-apa".

Guru itu pun berkata : "ITULAH CINTA". Lalu Plato pun bertanya apa makna perkahwinan. Guru pun menjawab :"sama seperti ranting tadi, namun kali ini engkau haruslah membawa satu pohon yang kau fikir paling baik dan bawalah keluar dari hutan". Maka Plato ke dalam hutan dan keluarlah Plato dengan membawa pohon yang tidak terlalu tinggi juga tidak terlalu indah.

Gurunya pun bertanya, maka jawab Plato : "saya dapati pohon yang indah daunnya, besar batangnya. tetapi sy tidak dapat memotongnya dan pastinlah saya tak mampu membawanya keluar dari dalam hutan. akhirnya saya tinggalkan. Kemudian saya temukan pohon yang tidak terlalu buruk, tidak terlalu tinggi dan saya fikir mampu membawanya kerana mungkin saya tidak akan menemukan pohon seperti ini di depan sana .
"Akhirnya saya pilih pohon ini kerana saya yakin boleh merawatnya dan menjadikannya indah". Lalu sang guru pun berkata : " ITULAH MAKNA PERKAHWINAN". Begitu banyak pilihan di depan kita seperti pohon-pohon beserta rantingnya di dalam hutan, tapi kita mesti menentukan satu pilihan dan bila terlalu memilih, tidak satu pun akan kita dapati".

Kerana, kesempatan itu hanya datang sekali dan kita harus terus maju seperti waktu yang bergerak ke depan yang tidak pernah tersimpan pada hari kelmarin dan bersemayam pada masa lalu kita....

p/s TQ K...
 
posted by MayangSariat 2:15 PTG | 0 comments



Catat Ulasan << HOME
 
Isnin, 24 September 2007


uuurrgghhhh....awat yang bosan sangat nie...!!!
Mayang tak tau kenapa hari ni mayang rasa boring a.k.a bosan giler....maleh tul nak bangun tido pagi tadi. Nak mandi??? alamak...malasnye...anyway kena buat jugak kan...tunaikan kewajipan mu mayang....


Sampai kelas je cam biasa 1st thing baca email...dalam hati tertanya-tanya...kenapa takde email dari K lagi sekarang ni ek.....adakah dia dah kepupusan idea untuk dihantar kat mayang..? hhhmmmm...agaknye ler tuh...ataupun dia dah lupakan mayang...?? mungkin jugak..takpelah..pe nak buat kan...


Walau apapun mayang tak penah lupakan K dan juga kawan2 mayang yang lain cuma keadaan yang buat mayang agak jarang berhubung dengan mereka. Yelah kita ni semua ada kewajipan yang mesti ditunaikan. Cakap pasal kawan ni mayang teringat tentang satu kejadian baru-baru ni.....


Alkisahnya kawan mayang ni mayang kenal lama jugak lah..kami terputus hubungan sejak 2-3 tahun yang lalu kerana dia berpindah mengikut suaminya..
Sejak tu ada jugaklah dia berhubung dengan mayang..tapi jarang-jarang. Sekali-sekala bila dia melintas di bandar T dia call la mayang. Tapi kami tetap tak pernah lagi bertemu sejak berpisah tu. Takde rezeki nak jumpa agaknya...Pada anggapan mayang dia ni memang sangat menghargai nilai persahabatan kami.. sehinggalah satu hari...setelah sekian lama kami menyepi dari berhubung antara satu sama lain..tetiba dia call mayang. Nak jumpa katanya....terkezut jugak...tetiba je nak jumpa. Rindu sangat ngan kak mayang katanya. Teringin nak bercerita cam dolu-dolu..mayang memang hepi sangat nak jumpa dia. Dulu kami memang rapat selalu luahkan masalah yang terpendam...
Pastu kami pun buatlah temujanji di satu tempat..tak sabar sangat nak jumpa dia...mesti dia makin tembam cam mayang gak...ahaksss.. Tiba masa yang dinanti ditempat yang dijanji nampak lah kelibat kawan mayang ni...melenggang-lenggok sambil tersenyum simpul dia mai teguq mayang..tapi dia tak berseorangan..ada dua lagi kawan yang ikut dia. Mayang pun apalagi berpeluk ciumlah dengan dia dan rakan2 dia. Dalam hati...waaahhh bangga sangat sebab ada gak kawan yang sudi datang jauh2 semata2 nak jumpa mayang.


Kami pun berborak sakanlah...dalam dok rancak berborak tu kawan mayang ni asyik dok sebut pasal nak berenti keje awal...eemm pelik gak...dia mula bercerita pasal hidup dia...pasal cita2 dia yang nak buat bisnes..nak berjaya dan nak kaya..nak berenti kerje dalam tempoh terdekat dan sempat jugak dia tanya kat mayang teringin tak nak pakai keta besar....eeemmm mayang mula terfikir..macam pernah kudengar dialog ni tapi dimana ya....???
Lepas dengar dan dengar...kawan mayang ni pun mula paskan topik perbualan mengenai cita-cita nak kaya ni kat kawan dia..servis pun bertukar tanganlah...kawan dia pun mulalah kuarkan pen dan beberapa helai kertas A4(memang dia dah spare kot..)...dia mula melukis peta minda..lukis flow chart dan sebagainya sambil mulutnya tak henti2 bercerita mengenai cita2 kawan mayang tu....sambil tu dia pun tanyalah kat mayang yang masih dok terkebil2 lagi ni "teringin tak nak jadi kaya....?nak pakai keta besar...?teringin tak nak gi melancong...?kalau diberi peluang melancong awak nak kemana..?" terkial-kial jugaklah mayang yang blur ni nak jawab soalan2 bonanza dia tu..tapi kan apsal soalan2 diaorang ni senada je ek..??? pe lak agenda diaorang ni agaknye...??huwaaaaaa..ape niiiii hah....?????
Akhirnya mayang pun tersedar...Rupanya kawan mayang ni nak jumpa mayang bukan saja kerana rindu kat mayang malah nak tolong mayang jadi kaya tau tak.....huhuuu..betul ke ni.....waaaa.. terharu...terharu dibuatnye..
Dekat 2 jam gaklah kawan kepada kawan mayang ni dok bagi penjelasannya..dan mayang...diam dan terus mendengar dengan setia...dalam hati mayang berkata.."takpelah kak...aku memang pendengar yang setia...ceritalah sampai malam pun...aku sudi...tapi aku ni kebal skit tau tak kak.."
Aduh...tak tahu apa mayang nak komen...bukan mayang nak kondem benda2 bisnes a.k.a saham a.k.a direct selling sume nih...mayang hormati dan kagumi semangat kawan mayang ni untuk mengubah nasibnya...
Tapi wahai kawan-kawan...terfikirkah didalam hati kalian semua..adakah mungkin harga dan nilai sebuah persahabatan dapat dibeli dengan yuran pendaftaran ahli dan bisnes plan tu ye...??? meh ler kita sama-sama hayati kembali erti sebuah PERSAHABATAN yang sebenarnya...
anyway... buat kawan mayang ni mayang tetap mendoakan dia terus sukses hendaknya..

selamat berbuke!!

 
posted by MayangSariat 10:36 PG | 0 comments



Catat Ulasan << HOME
 
Khamis, 20 September 2007


Mayang baru je lepas ujian amali...huuuuhh...tak tahu ler apa yang mayang dah jawab..tapi atleast dah ringan sikit kepala otak ni...


Cuma yang agak merisaukan mayang sekarang ni hanya satu...adik mayang yang sorang ni...ntahlah kenapa..kerap betul dia sakit. Seingat mayang semenjak kenal dia dah dekat 7-8 kali dia demam..kesian sangat. Mayang selalu berdoa setiap kali selesai solat...mudah2an kesihatannya bertambah baik. Semoga dia diberi kekuatan untuk menempuh hari2 mendatang...amiiin.





Dikala ini hati mayang masih bercelaru...antara kasih dan kasihan...manusia selalu keliru kan..??

Seringkali manusia tewas dengan perasaan sendiri tanpa sedar akibat yang akan ditanggung dikemudian hari..bila segalanya berlalu yang tinggal hanyalah penyesalan yang tak bertepi..


Setelah apa yang mayang lalui...dan setelah jauh mayang berlari..mayang masih tetap disini. Mencari sebuah damai yang masih tak ketemui..Mayang tahu ada hati yang ikhlas yang sangat2 mengharapkan mayang di ketika ini...bukan mayang sombong...bukan juga mayang benci...tapi mayang tak tahu bagaimana harus mayang jelaskan..hati, jiwa dan segalanya yang ada pada mayang masih dibayangi nostalgia lalu...segala kemanisan dan kepedihan masih segar bermain2 diruang mata ini...

Hati mayang dah terlalu parah terluka...Biar masa yang menentukan segalanya..


Ucapan TERIMA KASIH kepada yang sudi menyayangi mayang seikhlas hati...begitu setia menanti dan mengharapkan mayang...


Kita berserah sajalah pada yang Esa ye...mayang hanya seorang wanita yang serba kekurangan..tiada yang istimewa. Namun mayang bersyukur masih ada yang sudi menyayangi...Ketahuilah..mayang amat menghargainya..
 
posted by MayangSariat 11:31 PG | 0 comments



Catat Ulasan << HOME
 
Selasa, 18 September 2007




Don't find love, let love find you. That's why it's called falling in love, because you don't force yourself to fall, you just fall.

Lucky is the man who is the first love of a woman, but luckier is the woman who is the last love of a man It takes a minute to have a crush on someone , an hour to like someone, and an day to love someone... but it takes a lifetime to forget someone.

It breaks your heart to see the one you love is happy with someone else, but it's more painful to know that the one you love is unhappy with you.



Itulah yang dinamakan cinta..kata-kata ni mayang dapat dari satu artikal yang mayang pernah baca tapi dah tak ingat pulak kat mana...
dan inilah hakikat cinta yang sebenarnya yang harus kita fahami...setiap insan ingin disayang dan menyayangi..namun tak semua yang kita impikan dan hajatkan berjaya kita miliki...

Hayatilah kata-kata itu...dalamilah maksudnya...


*Takziah buat Nat sekelurga diatas pemergian ayahda tercintanya..
 
posted by MayangSariat 12:00 PTG | 0 comments



Catat Ulasan << HOME
 
Ahad, 16 September 2007


Pagi ini sungguh hening...mayang drive dari Bandar T ke Bandar S...trus gi kelas. Hujan lebat pulak disepanjang jalan buat mayang sedikit gementar...maklum ler mata mayang ni rabun sikit. Bila hujan je tak nampak apa2 kat depan...bahaya tul. Nak pakai cermin mata lak asyik pening...mayang pandu keta dengan perlahan. Mayang fikir kalau nanti dah tak boleh nampak langsung mayang berenti je ler....
Alhamdulillah sampai gak ke destinasi yang mayang hajati...

Sejak semalam mayang call dan sms kat ujang tapi takde jawapan...kelmarin dia ngadu sakit dan demam urat...terseliuh katanya. Mayang suruh dia gi ngurut...tapi semalam satu hari dia senyap...risau gak mayang. Pastu subuh tadi dia sms...pengsan katanya selepas balik dari ngurut....subhanallah....kesian tul kat ujang...mayang tak tau nak buat apa sebab dia jauh. Kalau dekat senang mayang uruskan ujang ni...

Pagi ni macam biasa masuk kelas...bosan sangat...perkara yang sama gak tiap hari..tapi apa boleh buatkan...mayang perlu bereskan apa yang dah mayang mulakan. Samada suka atau tidak mayang tetap kena teruskan. Berbekalkan kekeuatan dan keimanan yang masih bersisa ini mayang teruskan langkah dan yang pastinya mayang takkan menoleh lagi..

Sementara ingatan padanya tetap terus subur mekar di sudut hati ini....biar apapun yang terjadi..cinta dihati mayang ini tetap untuknya. Itulah kesilapan yang tak mampu mayang perbaiki..ya...mencintai dia adalah satu kesilapan yang tak mampu dinafikan. Orang sekeliling mengatakan mayang bodoh..mayang tahu..dan mayang sedar akan kesilapan tu..tapi mayang tak mampu ...mayang tak mampu mengusir segala rasa yang ada ini. Kenangan yang mayang ciptakan bersama dia terlalu sukar untuk dihapuskan. ya Allah...tolonglah aku...aku hanya ingin melupakannya..dan segala yang telah ditinggalkannya...izinkan aku Ya Allah..demi untuk memiliki sebuah kebahgiaan yang selama ini ku impikan... amiiin
 
posted by MayangSariat 9:57 PG | 0 comments



Catat Ulasan << HOME
 
Khamis, 13 September 2007



Dalam hidup ini macam2 yang perlu kita buat kan..? kadang2 mayang rasa kalut sgt...mayang nak buat semua...terutamanya yang berkaitan dengan orang lain. Tak sampai hati sangat mayang nak biarkan orang menunggu atau mengharap pada mayang....

Hidup ni sangat simbolik sebenarnya....kerana kita perlu mencari sebuah jawapan yang selalunya tak nampak dengan mata kasar...pandanglah dengan matahati yang benar2 suci, jujur dan ikhlas...nescaya kita akan dapat jawapannya...

Disaat ini mayang hanya miliki sekeping hati yang telah hancur parah dek kerana keruntuhan sebuah CINTA...itulah yang dihadiahkan pada mayang diatas segala pengorbanan yang mayang lakukan selama ini...kerana itulah agaknya jiwa mayang semakin sensitif..pada alam...pada pencipta terutamanya...pada apa yang mayang temui saban hari dan pada waktu yang terlalu pantas berlalu...mayang akan hayati semuanya...

Mayang selalu bertanya pada diri...kenapa mesti dikecewakan sedangkan memberi bahagia itu kan indah...??? kenapa mesti ada yang melukai sedangkan kita tak akan kekal selamanya didunia ini...??? semuanya kan Tuhan pinjamkan saja.....kenapa nak khianati hati yang jujur dan ikhlas menyayangi dan mencintai...aarrggghhh....hati manusia terlalu rapuh agaknya ye...sehingga saat ini mayang masih belum jumpa sebuah jawapan yang betul2 buat mayang tenang....

Selama berbelas tahun mayang korbankan jiwa dan raga ini demi untuk kebahgiaan insan yang mayang sayang...sekian lama mayang terlupa pada kehendak dan keinginan hati..mayang lalui hidup dengan azam untuk hanya melihat orang lain tersenyum...senyumannya adalah ubat dan vitamin untuk mayang terus hidup..

Mayang lupa yang mayang adalah juga pemilik pada sekeping hati yang perlukan belaian dan kasih sayang...tapi rupanya kisah cinta mayang hanyalah sebuah epilog berdarah..senyuman dan gurauan yang mayang damba rupanya hanya ibarat pelangi yang singgah seketika didada langit selepas hujan redup..lalu pergi tanpa bayang lagi....bila tersedar dari mimpi...rupanya mayang telah parah dengan igauan yang mayang sendiri ciptakan...jiwa mayang dah hampir nazak...

Mayang perlu bangkit walaupun sukar...mayang perlu cari ubat yang mujarab untuk luka yang parah ini...mayang letih....letih untuk terus mencari. Namun tiada sekelumit pun terhakisnya harapan mayang ini...mayang akan mencari dan terus mencari...

TERIMA KASIH buat ADIK yang sudi berkongsi sagala suka duka....hadirnya dirimu banyak memberi inspirasi baru buat akak dik...

 
posted by MayangSariat 4:27 PTG | 2 comments




  • At 14 September 2007 pada 11:41 PG, Blogger Unknown said…

    usah bersedih lagi kak.... sedih plak baca entry ni. sebab nat pon pernah dilukai... parut masih ada...

     


  • At 17 September 2007 pada 10:01 PTG, Blogger Ujang_MD said…

    yes nat... im agreed... kak hidup perlu di teruskan.. tengok nat.. tetap tembam.. kah kah.. nak slim katanya.. tapi?? opss... sajer cari hal dengan nat nih

     

  • Catat Ulasan << HOME
     
    Rabu, 12 September 2007


    Assalaamu'alaikum wr.wb.. Marhaban ya Ramadhan buat semua umat Islam sedunia..


    MARHABAN YAA RAMADHAN


    Bulan dimana nafas Kita menjadi tasbih, tidur Kita menjadi ibadah,


    amal Kita diterima Dan do'a Kita di ijabah,


    Sungguh cantik kain plekat,

    dipakai orang pergi ke pekan.

    Puasa Ramadhan semakin dekat,

    silap Dan salah mohon dimaafkan




    Berharap padi dalam lesung,

    yang Ada cuma rumpun jerami,

    Harapan hati bertatap langsung,

    cuma terlayang ucapan ini.




    Sebelum cahaya surga padam,

    Sebelum hidup berakhir,

    Sebelum pintu tobat tertutup,

    Sebelum Ramadhan datang,



    Saya mohon maaf lahir Dan bathin....





    Taqqobalahu Minna Waminkum, Taqoballahu Ya Karim, Marhaban Ya Ramadhan Allaahumma baariklanaa if Sya'ban WA ballighnaa Ramadhan Aminn. " Do'a Malaikat Zibril Menjelang Ramadhan " "Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut: * Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih Ada ); * Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami istri; * Tidak berma'afan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya. Maka Rasulullah pun mengatakan Amiin sebanyak 3 kali. Dapat Kita bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat Dan yang meng-amiinkan adalah Rasullullah Dan para sahabat, Dan dilakukan pada Hari Jum'at.






    SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA SEMOGA KITA DAPAT MENJALANKAN IBADAH PUASA DENGAN OPTIMAL, AAMIN.

    Wassalamu'alaikum Wr Wb,
     
    posted by MayangSariat 10:40 PG | 0 comments



    Catat Ulasan << HOME
     
    Jumaat, 7 September 2007


    huuhuu...penat tul la ngn adik sorang neh...mcm2 dia nye hajat....
    anyway...HEPI BESDAY 2 U DIK...inilah hadiah harijadi utk mu...
    Walaupun malam td terlupa nak wish...
    merajuk dia..

    hehe...semangta sket kan tgk disign baru blog mayang ni...hasil kreativiti pendesign upahan mayang...tak siap lg tu...dalam ppembinaan katanya...anyway Mekaseh la noh...

    ok...mayang nak rehat...penat melayan kerenah adik sorng ni...
    sok kita citer lagi ek...
    bubye...
     
    posted by MayangSariat 9:13 PTG | 0 comments



    Catat Ulasan << HOME
     
    Khamis, 6 September 2007





    Dah lama tak update blog yang baru ni...emmm...mayang busy sgt kebelakangan ni...mcm2 nak buat. Mcm2 masalah menimpa...uuuurggghh..mayang letih.



    Namun...sejak 2 bulan yg lalu hidup mayang seakan kembali berseri...walaupun ingatan padanya tak pernah pudar namun mayang rasa bersyukur...tanpa diduga mayang telah dikurniakan seseorg yg sgt mayang hargai..mayang suka dia...mayang suka bicaranya...mayang tenang bila dia bersuara...mayang gembira bila dia ketawa...dan makin hari mayang dapat rasakan dihati mayang ada dia....walau bukan bergelar kekasih namun dia tetap istmewa di ruang hati mayang yang telah parah sejak sekian lama ini...Terima Kasih Adikku..Ujang...cute tak picture kat sebelah tu...itulah kak mayang dan adik ujangnye yang manja tu....hiks...



    Semoga Tuhan merestui tali persaudaraan yang suci ini...amiiin





    selamat malam...ZZZZzzzzzzzzz

     
    posted by MayangSariat 8:58 PTG | 0 comments



    Catat Ulasan << HOME