Selasa, 30 Oktober 2007


Email ni aku trima dari seorang kawan...lelaki....bujang...huh pandai sungguh dia....aku pasti dia akan jadi suami yang baik suatu hari nanti berpandukan apa yang telah dia kirimkan kat aku neh....walau apapun artikel nie memang bagus untuk panduan kita semua dalam melayari alam rumahtangga...







Cinta Beralih Arah...Salah Siapa?


Tatkala matahari menyerlahkan sinarnya, tiba-tiba mendung berarak kelabu. Suami yang dikasihi tiba-tiba beralih perhatian kepada si dia. Kasih beralih arah selalunya disebabkan oleh keadaan rumah tangga yang hambar. Hubungan yang kian longgar membuat suami beralih arah kepada orang ketiga yang dirasainya lebih menyenangkan. Sebelum anda mencari salah siapa, renungkanlah 12 cara mengembalikan keharmonian rumah tangga di bawah. Jika semua perkara itu sudah anda lakukan dan perkahwinan anda masih tidak bersinar, mungkin anda perlu ambil langkah drastik kerana memang sudah tidak ada jodoh!

Perkahwinan kerana Iman - Renungi kembali mengapa anda berkahwin. Jika perkahwinan anda dahulu disebabkan oleh nafsu dan cinta, tentunya sukar mempertahankan keharmonian rumah tangga. Hal ini kerana cinta dan nafsu boleh berkurangan & lupus. Sekiranya perkahwinan yang anda lakukan itu di atas dasar iman, sudah pasti anda dan pasangan sedaya upaya menerangi rumah tangga dengan cahaya keimanan. Semakin kuat iman anda semakin erat hubungan anda suami isteri. Perkahwinan di atas dasar keimanan menjadikan anda dan pasangan bertanggungjawab sepenuhnya pada tugas-tugas yang diberikan dan disarankan oleh agama. Bagi pasangan yang berkahwin kerana nafsu dan cinta, ubah persepsi itu sekarang.

Belajar Ilmu Perkahwinan - Berjaya mendapat sijil Kursus Perkahwinan bukanlah tanda yang anda kini sudah mampu menjadi suami dan isteri yang baik. Banyak lagi perkara yang perlu anda tahu tentang ilmu perkahwinan. Misalnya belajar dari orang yang lebih tua dan berpengalaman. Ketahui hukum-hukum syarak perkahwinan. Ikut petua-petua rumah tangga yang boleh diperoleh dari orang terdahulu.

Niat - Simpan niat berkahwin hingga ke hujung hayat. Bukan hingga ke anak cucu shaja! Mohom pada Allah agar keharmonian rumah tangga anda kini berada dalam keadaan yang dirahmati.

Campur tangan orang luar - Jika anda mempunyai masalah rumah tangga, jangan biarkan orang luar campur tangan. Tidak kira samada ahli keluarga, kawan-kawan atau sesiapa sahaja. Masalah keluarga biar anda dan pasangan yang selesaikan. Hal ini kerana tidak semestinya orang luar boleh menyelamatkan keadaan. Malah keadaan lebih merbahaya jika orang luar itu menyokong satu pihak sahaja. Berjumpalah dengan kaunselor keluarga jika masalah yang anda berdua hadapi tidak mampu diselesaikan bersama dan memerlukan orang ketiga. Kaunselor adalah orang yang paling sesuai kerana mereka mempunyai etika yang tidak bias kepada sesiapa.

Keterampilan - Jangan salah anggap selepas menjadi suami atau isteri, kebersihan dan keterampilan diri tidak perlu dijaga. Sebaiknya apabila kita bergelar isteri atau suami, penampilan perlu lebih baik terutama apabila di hadapan pasangan. Jangan pula bila keluar anda bergaya, di rumah pakai apa yang ada!! Jaga keterampilan anda supaya sejuk mata pasangan memandang.

Belajar tolong menolong - Jika dahulu, kebanyakan isteri tidak bekerja. Tugas sebagai surirumah memerlukan isteri membuat kerja rumah sendirian. Namun, atas desakan ekonomi pada masa kini menyebabkan isteri terpaksa turut serta mencari nafkah. Oleh kerana kerja isteri semakin bertambah, suami perlu menolong isteri melakukan kerja-kerja ringan di rumah. Misalnya membasuh baju, menyidai dan melipat. Atau tugas paling mudah suami boleh lakukan adalah menjaga anak semasa isteri sedang membuat kerja rumah. Sekiranya suami dan isteri mampu, upahlah pembantu. Pembantu rumah boleh menolong isteri menyelesaikan tugas-tugas di rumah tanpa rasa tertekan. Kurang stress akan mengurangkan ketegangan hubungan suami isteri.

Intim - Jangan jadikan anak sebagai penghalang hubungan suami isteri. Sebaiknya, anak adalah penyambung kepada ikatan keintiman anda berdua. Pasangan yang kurang intim selalunya kurang memberi perhatian kepada pasangan. Kajian mendapati 60% pasangan yang bercerai adalah disebabkan masalah keintiman atau seks.

Jaga Kesihatan - Kebanyakan masalah rumah tangga berpunca daripada masalah kesihatan. Kesihatan di sini bukan tertumpu kepada kesihatan fizikal sahaja tetapi lebih daripada itu seperti kesihatan mental dan emosi. Misalnya, masalah stress perlu ditangani segera. Elakkan dari dijangkiti penyakit yang membahayakan kesihatan khususnya yang berkaitan dengan seks. Banyak pasangan yang ingin bercerai disebabkan oleh masalah kesihtan, jadi jangan anggap masalah ini ringan.

Kurangkan Syak - Jangan terlalu cemburu atau berprasangka pada pasangan. Cemburu, syak dan berprasangka hanyalah mainan minda yang mungkin tidak sama dengan realiti. Perasaan ini selalunya menjadi punca kepada pergaduhan, murung dan hilangnya kosentrasi terhadap tanggungjawab sebagai suami maupun isteri.

Berpandangan Jauh - Ingat, perjalanan hidup anda jauh lagi. Pasangan bukanlah rakan anda untuk satu ketika sahaja tetapi teman yang akan duduk di sebelah anda dari hari anda bernikah sehingga ke hujung nyawa. Jika anda berpandangan sebegini, maka anda tidak mudah melakukan perkara-perkara yang menyakitkan hati pasangan.

Cari Persamaan - Cari persamaan anda dan pasangan kerana persamaan ini dpat membantu anda dan pasangan terus mencintai antara satu sama lain. Begitu juga persamaan tingkah laku ketika bercinta dan selepas bergelar suami isteri. Jika sebelum berkahwin boleh bersuap-suapan ketika makan, mengapa kini tidak lagi? Jika dahulu suami akan memimpin tangan isteri semasa melintas jalan, kenapa kini berjalan jarak sebatu antara satu sama lain? Ingat kembali detik indah ketika bercinta dan wujudkan kembali detik itu walauun sudah menjadi pasangan yang sah dan sudah beranak-pinak.

Bersyukur dan terima seadanya - Tidak bersyukur dengan apa yang ada pada pasangan adalah tanda-tanda mulanya rumah tangga bermasalah. Sana tak cukup...sini salah...situ kurang...dan sebagainya. Bahkan, jerawat tumbuh di atas hidung pasangan pun menjadi masalah besar. Mengapa perlu merungut? Sebaliknya, berterima kasih kerana anda dijodohkan dengannya kerana setiap pasangan itu mempunyai keserasian. Apa yang perlu anda lakukan adalah mencari di mana keserasian itu bersembunyi.



enjoy reading yah..!
 
posted by MayangSariat 11:42 PG | 0 comments



Catat Ulasan << HOME
 
Isnin, 29 Oktober 2007






Halooooooo....

Ini lah namanya kehidupan kan...selagi kita bernyawa selagi itulah dugaan, cobagaan...godaan tetap akan mengikut kita kemana saja...
Dalam hidup ini juga kita diberi pelbagai pilihan...samada kita nak ke kiri atau ke kanan...ke atas atau ke bawah....bagi diriku...aku dah pilih jalan hidup aku mcm ni....inilah yang aku mesti lalui sekarang....walau apapun yang terjadi aku mesti harungi semuanya dengan ketabahan dan kekuatan yang ada...
Memang tak dapat ku nafikan...kadang kala lelah datang menguasai diri...penat letih dan lesu....aku jatuh tersandar dan tersungkur....Namun untuk menyesali nasib diri tidak sama sekal terlintas di benak hati....
Aku redha dan pasrah pada apa yang telah tersurat....aku tak pernah salahkan sesiapa..kesilapan dalam hidup ku adalah satu ketentuan...aku hanya hamba yang lemah....
Hanya pada Nya dapat ku pohonkan....Berilah aku kekuatan ya Allah...aku tak mahu mengalah disini...aku ingin terus pergi jauh...aku ingin terus melangkah....
Bimbinglah aku ya Allah...pimpinlah aku.....
Semoga ada sinar menanti ku di hujung sana.....amiiiin...
 
posted by MayangSariat 4:43 PTG | 1 comments




  • At 30 Oktober 2007 pada 4:11 PTG, Blogger Unknown said…

    amin.... semoga bahagia itu milik mu kak mayang.. tabahlah mengharungi dugaan yg satu ini...

     

  • Catat Ulasan << HOME
     
    Khamis, 25 Oktober 2007


    hari ni hari yang letih....

    tak tahu la nape aku rasa cam malas je nak buat keje....selalu pun tak ler rajin benor...cuma hari ni terlebih tak rajin (pembetulan :bukan malas....)

    Kepala aku ni cam memulas jerk...errkkk...memulas ke....??

    Pening lalat...adeh...cam nak pitam pun ade....uuuurrrrgghhhh....apsal neh....

    oklah ek...no mood ar today...palo wase nak pocah.....blk dulu ye...bubye....doakan keselamatan aku ye....


     
    posted by MayangSariat 2:00 PTG | 0 comments



    Catat Ulasan << HOME
     
    Selasa, 23 Oktober 2007


    Hari ni baru berkesempatan update blog ni....maleh tul la bila dah cuti lama kan....liat je nak mula keje balik....


    Yang benarnya aku tak tahu nak cerita apa pasal hari raya yang baru berlalu...tak ada apa yang menarik pun..hanya kedukaan yang tak terluahkan..


    Bukan meratapi sesuatu yang tak pasti tapi itulah yang telah ku lalui...dikiri kanan ku semuanya terpamer kenangan...bagaimana dan kemana harus ku berlari lagi...aku hilang arah..tak tahu dan keliru...


    Hari raya yang sepatutnya disambut dengan kesyukuran dan kegembiraan kerana sebuah kemenangan....tapi aku tewas...tewas dan terus tersungkur......


    Saat memandang kegembiraan diwajah2 yang lengkap berpakaian serba baru...aku merintih didalam hati...aku pasti takkan mengalirkan airmata lagi...itu janji ku pada Ujang....


    Tapi hati ku bagai disiat2...pedih dan luka....aahhh...aku perlu senyum...biar tertutup semua luka dan parutnya...

    Seringkali ku bertanya dan terus bertanya....apakah kesalahan yang telah kulakuka...dimana silapku...telah ku kaji..dan kucari...tapi kenapa masih kabur...


    Benar kata orang..hanya orang lain yang dapat menilai diri kita...kerana kita sukar melihat pada kesilapan sendiri...aku sedar semua tu...



    Andai aku bersalah...andai aku tersilap dimana2...katakanlah...akan kuterima. Tapi apa yang terjadi selama ni diri ini terus-terusan dihukum tanpa ku tahu sebab musababnya....


    Aku hanya insan biasa...aku tak minta apa-apa...hanya secebis kasih sayang yang disulami kejujuran dan keikhlasan..mungkinkah permintaan ku itu terlalu mahal untuk dipenuhi....???


    Buat insan yang terlalu baik...Terima kasih kerana sudi mendampingi diri ku yang hina ini ....mencuba untuk memenuhi apa yang kurang....berusaha memenangi hati ini...mencuba merawat luka yang masih berdarah ini...ketahuilah aku sangat2 menghargainya...Terima kasih yang tak terhingga...


    Pada dia..Hanya satu yang ku pinta...fahamilah hati ini...bukan harta semata yang kucari...bukan rupa yang kudamba...bukan pangkat yang memikat hati...bukan..bukan..bukan...hanya yang dapat ku ungkapkan disini...CINTA BUKAN PAKSAAN.............ia datang tulus dari hati yang suci dan murni...


    Terima Kasih sekali lagi...





    SaLaM KaSiH SePuTeH SaLju...
     
    posted by MayangSariat 8:57 PG | 0 comments



    Catat Ulasan << HOME
     
    Khamis, 11 Oktober 2007


    Terdengar bait-bait lirik ini terasa begitu mengenai diri.. Pilu rasanya.. sebak jadinya..


    Seindah suria yang menyinar
    Hadirnya mendung meliput cahaya
    Disebalik senyum tawa riang
    Timbul tangis hiba di fajar mulia

    Kekosongan melanda diriku
    Bak sembilu menyayat di kalbu
    Mengenang nasib diri sebatang kara
    Mengharungi cabaran berliku

    Takbir menusuk jiwaku
    Terkenangkan kisah-kisah lalu
    Keinsafan menghantui diri
    Berkekalan kan ku ulang kembali

    Sekadar doa mengiring diri
    Setitik cahaya untukm menitis
    Pedoman buat di hari muka
    Moga ketenangan teman nan setia
    SELAMAT HARI RAYA BUAT SEMUA BLOGGERS
    MAAF ZAHIR DAN BATIN!!
     
    posted by MayangSariat 12:29 PG | 0 comments



    Catat Ulasan << HOME
     
    Rabu, 10 Oktober 2007




    Di Pinggiran Aidilfitri

    Bergema suara di tabir fajar
    Mendayu irama takbir berlaguPenuh syahdu
    Oh sayang Syawal menjelma
    Tiada seindah yang sudah
    Hanya keluhan pilu
    Bermain di kalbu
    Di Lebaran berkerdipan
    Terpancar sinar cahaya hari mulia
    Namun ku di ambang sepi
    Mendung menyelubungi
    Syawal ku yang kembali
    Bagaikan tidak berereti
    Di pinggiran Aidilfitri
    Terdengar suara takbir bergema lagi
    Di hati sunyi dan sepi
    Yang pergi takkan kembali
    Bersemi rindu di hati
    Dan pilu yang tak bertepi

    waaaaaaa...sedey giler lagu raya nie...sape lah yg pi buat lirik camtu ek...sadis tul lah....hukhuk...

    Tadi terkedu gak mayang baca entry adik mayang UjangMD...tanpa sedar airmata menitis laju...terharu dan sebak terasa dihati..sekejapan mayang hilang kata2 dan rasa..mayang tak pandai dan tak sepuitis adik mayang ni..

    Ya allah...mayang bersyukur ke hadrat Mu kerana dipertemukan dengan insan yang cukup buat mayang menghargai erti sebuah kehidupan yang penuh berliku ini...dia hadir dikala mayang keliru antara kecewa cinta rindu dan derita...dia ada ketika jiwa mayang dilanda pilu dan nestapa...dialah adik yang amat mayang kasihi...

    Terima Kasih dik...hanya ucapan itu yang mampu mayang hadiahkan padanya...dalam rasa keterpinggiran ini masih ada juga insan yang sudi menyelami jauh kedasar hati mayang ini...

    "Jangan sesali apa yang sudah pergi. Jangan tangisi apa yang sudah tiada. Tetapi bangkitlah dan bina kembali apa yang telah hilang dan pergi..."

    meskipun apa yang hilang tak mungkin pudar dari ingatan...meskipun serpihan kenangan tetap akak kutip dan simpan disatu sudut yang jauh dan sunyi...akak akan cuba bangkit dan trus bangkit dik...itu janji akak..

    Kemaafan jugak akak pohonkan dari ujang andai di sepanjang perkenalan ini akak pernah terkasar bahasa terlanjur bicara kat ujang..lantas membuat hatimu terluka...sampaikan salam akak buat bonda tercinta...

    Juga buat semua...

    SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF LAHIR BATIN

    dari Mayangsari dan UjangMD
     
    posted by MayangSariat 10:47 PG | 0 comments



    Catat Ulasan << HOME
     
    Selasa, 9 Oktober 2007


    Pekaba semua...lama tak update bloq ni...mayang demam dekat seminggu dah..huh..seksa tul..itulah kita sebagai manusia ni kan..bila sihat, bahagia dan ceria kita panjatkan setinggi2 kesyukuran pada yang Esa...tapi bila sakit kita merungut2 dan bertanya kenapalah semua ini terjadi kepada kita...kita lupa yang kita ni makhluk milik Allah S.W.T. Dia berhak atas segalanya. Dia juga berhak menentukan apa juga ujian yang patut diberi kepada hambanya...betul tak...

    Mayang suka sangat kisah pendek yang penah dikirimkan oleh seorang kawan mayang ni...sedih tapi cukup memberi seribu makna..cuba kita baca dan renungkan...
    Sometimes you read something and its make you stop and think....and then you want to share it with everyone you care about...Read this and share it with the people you love....

    There was a blind girl who hated herself just because she was blind. She hated everyone, except her loving boyfriend. He was always there for her. She said that if she could only see the world, she would marry her boyfriend.
    One day, someone donated a pair of eyes to her and then she could see everything, including her boyfriend. Her boyfriend asked her, "now you can see the world, will you marry me?" The girl was shocked when she saw that her borfriend was blind too, and refused to marry him.

    Her boyfriend walked away in tears, and later wrote a letter to her saying..... "JUST TAKE CARE OF MY EYES PLEASE..." This is how humans change when their status changes...Only few remember what life was before..and who has always been there in the most PAINTFUL situation.. *huk huk...sian boipren dia ek...adakah kita juga cam tu???????
     
    posted by MayangSariat 10:43 PG | 0 comments



    Catat Ulasan << HOME
     
    Rabu, 3 Oktober 2007


    Kita sebagai manusia biasa ni selalu je menangis kan...bila sakit ati nangis...bila sedih nangis...gembira pun nangis gak...sebenarnya nangis tu bagus jika betul niat dan tujuannya..dan akan jadi tak bagus pulak jika sebaliknya...Artikel ni kawan mayang yang bagi untuk renungan mayang dan kita semua...


    MENANGIS.... PERLUKAH MENANGIS..BILA DIBOLEHKAN MENANGIS.... ...ADAKAH TANGISAN ITU BOLEH DIPAKSA..... ..


    Kata Ibnu Qayyim - 10 Jenis Tangis

    1) Menangis kerana kasih sayang & kelembutan hati.
    2) Menangis kerana rasa takut.
    3) Menangis kerana cinta.
    4) Menangis kerana gembira.
    5) Menangis kerana menghadapi penderitaan.
    6) Menangis kerana terlalu sedih.
    7) Menangis kerana terasa hina dan lemah.
    8) Menangis untuk mendapat belas kasihan orang.
    9) Menangis kerana mengikut-ikut orang menangis.
    10) Menangis orang munafik - pura-pura menangis.


    "..dan bahawasanya DIA lah yang menjadikan orang tertawa dan menangis." (AnNajm : 43) Jadi, Allah lah yang menciptakan ketawa dan tangis, serta menciptakan sebab tercetusnya. Banyak air mata telah mengalir di dunia ini. Sumber nya dari mata mengalir ke pipi terus jatuh ke bumi. Mata itu kecil namun ia tidak pernah kering ia berlaku setiap hari tanpa putus-putus. Sepertilah sungai yang mengalir ke laut tidak pernah berhenti?.kalaulah air mata itu di tampung banjirlah dunia ini.

    Tangis tercela atau terpuji ?? Ada tangisan yang sangat di cela umpamanya meratapi mayat dengan meraung dan memukul-mukul dada atau merobek-robek pakaian. Ada pula tangisan sangat-sangat di puji dan di tuntut iaitu tangisan kerana menginsafi dosa-dosa yang silam atau tangis kerana takut akan azab dan siksa Allah.

    Tangisan dapat memadamkan api Neraka "Rasulullah saw bersabda : Tidaklah mata seseorang menitiskan air mata kecuali Allah akan mengharamkan tubuhnya dari api neraka. Dan apabila air matanya mengalir ke pipi maka wajahnya tidak akan terkotori oleh debu kehinaan, apabila seorang daripada suatu kaum menangis, maka kaum itu akan di rahmati. Tidaklah ada sesuatupun yang tak mempunyai kadar dan balasan kecuali air mata.

    Sesungguhnya air mata dapat memadamkan lautan api neraka." Air mata taubat Nabi Adam a.s Beliau menangis selama 300 tahun tanpa mendonggak ke langit tersangat takut dan hibanya terhadap dosa yang telah ia lakukan. Dia bersujud di atas gunung dan air matanya mengalir di jurang Serandip. Dari air matanya itulah Allah telah menumbuhkan pohon kayu manis dan pohon bunga cengkih. Beberapa ekor burung telah meminum akan air mata Adam lalu berkata, "Manis sungguh air ini." Nabi Adam terdengar lalu menyangka burung itu mempersendakannya lalu ia memperhebatkan tangisannya.

    Lalu Allah mendengar dan menerima taubat Adam dan mewahyukan, "Hai Adam sesungguhnya belum saya pernah menciptakan air lebih lazat daripada air mata taubat mu!." Air mata yang tiada di tuntut Janganlah menangis kalau tak tercapai cita-cita bukan kah Tuhan yang telah menentukannya. Janganlah menangis nonton filem hindustan itu kan cuma lakonan.

    Janganlah menangis kerana cinta tak berbalas mungkin dia bukanlah jodoh yang telah Tuhan tetapkan. Janganlah menangis jika gagal dalam peperiksaan mungkin kita kurang membuat persediaan. Jangan menangis kalau wang kita hilang di jalanan sebab mungkin kita kurang bersedekah buat amalan.

    Janganlah menangis kalau tidak di naikkan pangkat yakin lah, rezki itu adalah pemberian Tuhan. Dari itu??.. Simpanlah air mata-air mata tangisan itu semua buat bekalan untuk menginsafi di atas segala kecuaian yang telah melanda diri, segala dosa-dosa yang berupa bintik2 hitam yang telah mengkelamkan hati hingga sukar untuk menerima hidayah dari Allah swt. Seru lah air mata itu dari persembunyiannya di balik kelopak mata agar ia menitis membasahi dan mencuci hati agar ia putih kembali dan juga semoga ia dapat melebur dosa2 dan moga-moga akan mendapat ampunanNya jua.

    Junjungan Mulia bersabda "Ada 2 biji mata yang tak tersentuh api neraka, mata yang menangis di waktu malam hari kerana takut kepada Allah swt dan 2 biji mata yang menjaga pasukan fisabillah di waktu malam." "Di antara 7 golongan manusia yang akan mendapat naungan Allah dihari qiamat"?? seseorang yang berzikir bersendirian lalu mengenang tentang kebesaran Allah swt lalu bercucuran air matanya." "Jika tubuh seseorang hamba gementar kerana takut kepada Allah, maka berguguran lah dosa-dosanya bak gugurnya dedaunan dari pepohonan kering."

    Berkata Salman Al Faarisi r.a, saya di buat menangis atas 3 perkara jua :
    1) Berpisah dengan Rasulullah saw dan para sahabat-sahabat.
    2) Ketakutan seorang yang perkasa tatkala melihat malaikat Israil datang mencabut nyawanya.
    3) Saya tidak tahu sama ada saya akan di perintahkan untuk ke syurga atau neraka.

    Air mata tanda rahmat Tuhan, Rasulullah saw bersabda : "Jagalah mayat ketika kematiannya & perhatikanlah 3 perkara."

    1) Apabila dahi nya berpeluh.
    2) Airmatanya berlinang.
    3) Hidungnya keluar cecair seperti hingus. kerana hal hal tersebut menandakan rahmat Allah swt untuk si mayat. (riwayat dari Salman al Faarisi)

    Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :
    "Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan, Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu, Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu, dan dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu."



    So...moralnye janganlah kita dok menangis tak tentu hala ek....bubye...
     
    posted by MayangSariat 9:05 PG | 0 comments



    Catat Ulasan << HOME
     
    Selasa, 2 Oktober 2007


    Kadang-kadang ia datang...dah tentu tanpa diundang...hati tetiba sayu...rasa ingin pergi dari semua ini. Rasa ingin lari dari apa yang membelenggu...tapi mungkinkan semua ini dapat mayang buang dari hati sanubari yang dah sebati ini..mayang ingin sangat pergi....pergi ke dunia yang lebih tenang..lebih damai...

    Ingin rasanya mayang mencari dimana tersembunyinya yang dikatakan bahagia itu...tapi hati seakan serik untuk melangkah...kata ujang "buat apa terus mencari..andai tahu hati akan terluka" memang ada benarnya...

    Pedihnya luka yang lalu masih berbekas..masih terasa..seperti baru semalam hati ditoreh dan dicalar..begitu besar ujian yang tuhan kurniakan pada mayang...ntah apa yang tersirat mayang pun tak tahu..sekali lagi mayang pasrah...mayang percaya dan penuh yakin pada semua ketentuanNya..pada Qada dan QadarNya..Dia lebih tahu segalanya...

    Dalam sedih-sedih tu sabtu lepas sempat mayang gi ke KL...konon2 nak shopping baju raya...tapi jenuh memusing cari yang sesuai...ada yang berkenan tapi saiz lak takde..bila saiz ade kaler lak tak lawa...waaa takde baju raya la jawapnye tahun nie...hampeh... Sian budak tu...sampai terlelap dia dalam LRT...letih giler...hehe..

    Papepun best sgt cuti hujung minggu lepas...puashati...sempat gi Genting lagi...naik kereta kebel...waaa gayat wooo...kalau gi masa bulan tak pose lagi best agaknya ye...hilang tension sikit..camtulah cara nak mengubat lara dihati..Terima Kasih yang tak terhingga buat seseorang yang sudi meluangkan masa dan tenaga untuk mayang....caaaayaaang dia...


    kete kebel yang berselisih....


    huhu....best....

    maaf lah gambar mayang takde....tak photogenic...hehe
     
    posted by MayangSariat 12:02 PTG | 3 comments




  • At 2 Oktober 2007 pada 2:07 PTG, Blogger Unknown said…

    jgn biarkan diri akak sunyi... nat sambung belajar ni pon dulu sebab taknak sunyi.... (frust ngan pakwe lama)

    ada hikmah dariNya buat kita kak...

     


  • At 4 Oktober 2007 pada 1:02 PTG, Blogger lelaki melayu said…

    jard sokong kata-kata nat tuh.. tak ajak kita pon.. larikkkkk!!

     


  • At 9 Oktober 2007 pada 1:20 PTG, Blogger mayangsari_sz said…

    mekasih ler nat n jard...pe nak buat...sunyi dan sepi tu kan indah...

     

  • Catat Ulasan << HOME